Wednesday 17 February 2021

5 Sebab Tak Digalakkan Tinggal Serumah Dengan Mentua & 8 Tips Pindah Masuk ke Rumah Mentua

 Hi assalamualaikum,

So, sekarang i memang da lama tak memblog. Actually start balik buat blog sebab I tak tau nak buat apa sekarang. Since kahwin haritu I resigned and move to Klang ikut my husband and I jugak malas nak tulis diary. So, blog ni as my diary.. maybe?? Ok back to topic hangat yang pernah i bincangkan dekat my TikTok "5 Sebab Tak Digalakkan Tinggal Serumah Dengan Mentua & 8 Tips Pindah Masuk ke Rumah Mentua". Actually I baru je kahwin bulan November 2020 aritu. So, ni almost 3 months duduk dengan mentua. Tapi sebelum tu kita cakap sikit apa tips nya dulu yaa. okay I list kan kat bawah ni. 

5 Sebab Tak Digalakkan Tinggal Serumah Dengan Mentua :

1. Kurang privacy. (Sebab korang tak boleh gelak macam langsuir.. kena cover....)

2. Tak dapat berdikari (Ni kalau mak mentua korang jenis tak bagi masak, kadang dia yang nak gosok baju anak dia)

3. Isu aurat. (Kalau laki korang anak tunggal yee takpe. kalau 10 orang adik beradik lelaki?)

4. Sukar buat keputusan. (Sebenarnya yang jadi sukar sebab mungkin laki korang da biasa dengar cakap mak dia? )

5. Senang berlaku salah faham.

8 Tips Pindah Masuk ke Rumah Mentua :

1. Minimumkan barang korang time pindah masuk. (Jangan laa korang bawak macam satu almari tu.. sikit2 dulu)

2. Minta izin melakukan apa sahaja. (Tak de la sampai korang nak mandi pun minta izin. tu melampau! HAHA)

3. Rajin rajinkan lah diri korang. (Berlakon laa sikit)

4. Pakai pakaian yang sopan. 

5. Bangul awal. (Tak tau la awal korang jam berapa kan..hehe)

6. Tolong laa sikit kat dapur. 

7. Amalkan sikap ramah

8. TEBALKAN TELINGA DAN LUASKAN LAH HATIMU~ (Ni tips paling penting)


Kat bawah ni I ada la masuk kan tips2 tu kat TikTok I.. I tak sangka ramai yang komen diaorang punya experience and pendapat diaorang. Ada la juga budak darjah berapa tah yang komen "alaa apa susah pindah jela rumah sewa". Okay for this type of komen kat Tiktok I memang ramai sangat. Tapi I tengok yang komen macam tu mostly yang tak kahwin lagi. Kita tak tahu apa yang orang tu hadap or lalui dalam hidup diaorang. Mostly anak lelaki ni dia bukan taknak sewa. Tapi dia fikir tanggungjawab dia. Kalau macam I, husband I dia anak sulung. I pernah juga ajak dia ke JB sebab waktu tu I still kerja kat Masai. I sayang laa kalau nak resign dekat tempat kerja lama ni. Yela da 3 tahun lebih kerja kat situ. Sayang kalau pindah, sebab gaji pon okay. Tapi sebab nak kahwin, kita kena la berkorban sikit 😴. Sebab sekarang kan COVID, so I fikir kalau kahwin dia duduk Klang I duduk Johor. So, better kita tak yah kahwin dulu. Tapi sebab I da lama tunda perkahwinan I sebab COVID....so my mom suruh kahwin jugak. Lepastu I tekad nak resigned juga. Sebab tu la sekarang I ada masa nak memblog.. sebab I tanam anggur yang tak berbuah... 😂

Bawah ni antara orang yang komen kat TikTok I... Ade yang positif ada yang negatif. 

Komen macam ni memang ramai. Macam I cakap before this.. korang tak lalui apa yang diaorg hadap/lalui/rasa.. macam I, husband I sorang je kerja, I plak tanam anggur. Memang takut nak sewa sebab kewangan tak stabil. Kalau ikot memang la kita sendiri nak hidup tak bergantung dengan orang dan bebas buat apa apa je. Tapi tu la. kewangan tak berapa nak stabil sekarang. So, tunggu I habis tanam anggur dulu yaa. Sebab sekarang pon susah cari kerja. COVID kan. ekonomi pon tak okay sangat sekarang. Jadinya.. I belajar bersyukur sangat sekarang ni. Sebab I rasa before ni I tak pernah rasa susah. Bayangkan la dulu I nak sewa rumah kat Jb pon my mom yang bayar kan deposit, lepastu my mom bagi kereta untuk pergi kerja and salary tu mostly I buat untuk having fun. So.. sekarang I kena belajar banyak bersyukur. First tu memang rasa terkejut sangat. Tapi bila tengok balik, hidup sederhana ni best sebenarnya. Kita akan lebih bersyukur and hargai apa yang kita ada. 😁😁

Yang ni I tak tau nak komen ape.. Sebab maybe ada mentua yang tak ngam. Tapi... kita kena tengok juga  kalau menantu dia tu ada tak perangai macam AMANI.. kalau ada hah! tak ley salah kan mentua. 

Yaaa ni betul.. Sebab I sendiri rasa mak mentua I sayang I tau. Maybe sebab dia takde anak perempuan. Lucky me!! haha. Sebab mak mentua I tau I suka nasi lemak. So,, setiap kali dia beli sarapan.. dia mesti beli kan I nasi lemak and kuih kegemaran I.. donut and kuih gula hangus. Boleh kata hari2 wehh setiap kali keluar! HAHA.

So... korang just anggap mentua korang tu macam parent korang. 😉 selesai masalah..

Hahhhh ni laa yang I nak komen sikit. Kadang kita rasa kita da betul dah. Tapi kenapa mentua dengan adik ipar tak okay dengan kita? Mesti kita nak cari salah diaorang kan? Kadang kadang kita tak perasan salah dan perangai kita. Macam one of komen kat atas ni... kenapa kita tak boleh tolong kemas2 sikit kat rumah yang kita juga duduk. Ok la macam I, I memang tak reti masak. I kat rumah mommy I.. I memang tak masak.. tak lipat baju, I tak buat apa apa. Tapi bila kita dah pindah rumah orang lain kita tak boleh nak sama kan semua tuuu... Dekat rumah mentua korang jangan la buat macam hotel, cukup masa makan. cukup masa tidur. Dulu first2 kahwin I macam tu jugak. First month tu.. I tak tolong apa apa. Sebab kan I tak tau nak tolong apa. Dah lama lama tu.. tolong laa basuh baju..sidai baju...lipat baju..kemas rumah.. mop semua tau! and sekarang I da tolong mak mentua I masak. DANNNN I juga bangun awal tau. Kul 5 pagi untuk masak kan bekal untuk husband I pergi kerja. Jimat la sikit! I rasa proud dengan diri I sendiri... Sebab before this... kul 12 tengah hari baru bangun. So.. dah kahwin ni sikit2 la ubah. 😊😊 So.. kita pandang side positive nya. Kita dapat belajar masak, kita lebih rajin... betul tak??? kalau asyik cari salah mentua.. tak kemana.. sebab pada I mentua you tak kisah kalau you tolong2 sikit. Tapi siapa tak penat kalau semua dia buat sorang. Diaorang da tua...kannn~



So.. conclusion dari semua yang I tulis ni.. jangan la ada yang cakap "kau untung ada mentua yang baik..aku ni blaa blaa blaaa..." I cuma share experience I je. Kalau rasa ada benda yang baik korang boleh amik manfaatkan. Satu I nak cakap, korang kena keep positive. Memang kadang2 ada ayat yang kita tak suka dengar dari diaorang. Tu I cakap.. tips yang penting sekali ialah korang kena "TEBALKAN TELINGA DAN LUASKAN LAH HATIMU~". Memang la kadang ada salah faham sikit, tapi balik kepada tips tu... insyaAllah all is well. 


Harini aku sarapan nasi lemak lagi. 💕💕💕 one of my fav.. sebab mak mentua I selalu tanya "sarapan nak apa? maa nk beli ni" and one of my answer "nasi lemak" tak pernah la jadi bihun ke roti canai ke..sekarang mak mentua I tak tanya dah, alih2 ada je bawah tudung saji 😆😆😆

Yang ni kek gula hangus and donut..yaaa sarapan untuk harini juga....I pernah tanya mak mentua I "maaa beli dekat mana kek gula hangus dengan donut tu? sedap laaa" esok nyaa.. dia belikan jela donut dengan kek gula hangus tak berhenti 😆😆😆 semalam dia belikan I dua je kek gula hangus dengan donut. Harini dah jadi banyak plak.. jadi 4 kek gula hangus!! 😂😂😂 

Ok laa I rasa tadi I da buat conclusion kan? tapi I still taip lagi.. Btw thank you la siapa yang baca diary merepek I ni. I will do some cerita kehidupan I lagi nanti.. Maybe? Ok see you on next post! 



xoxo,
Markonah 💕



5 Sebab Tak Digalakkan Tinggal Serumah Dengan Mentua & 8 Tips Pindah Masuk ke Rumah Mentua

  Hi assalamualaikum, So, sekarang i memang da lama tak memblog. Actually start balik buat blog sebab I tak tau nak buat apa sekarang. Since...